Tampilkan postingan dengan label Bugis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Bugis. Tampilkan semua postingan

SEJARAH TULISAN BUGIS

Wujudnya tulisan/huruf/aksara Bugis tidak terlepas dari perkembangan sejarah tamaddun suku-suku yang mendiami Kepulauan Nusantara Melayu seperti suku kaum Jawa yang mempunyai huruf/aksara sendiri iaitu Tulisan Kawi dan Tulisan Jawa. Juga terdapat Tulisan Bali yang digunakan oleh suku kaum Bali di Pulau Bali.

Memperkatakan mengenai Tulisan Huruf/Aksara Bugis ini, sesungguhnya tidak banyak yang kita ketahui tentang sejarah asal-usulnya. Wujudnya dipercayai bermula kira-kira pada Abad ke12 Masehi iaitu pada zaman masuknya pengaruh tamaddun Hindu di Gugusan Kepulauan Nusantara yang meliputi kawasan yang luas sehingga ke Wilayah Pulau Sulawesi atau mungkin juga selepas itu.

Template by:
Free Blog Templates